Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana isteri selamat melahirkan anak kelima pada 9 Oktober 2011 di Hospital Teluk Intan, Perak. Anak kelima ini adalah lelaki dan kuberi nama Muhammad Akmal Asyraf bin Md Nazri. Muhammad sempena nama nabi Muhammad. Akmal bermaksud 'yang sempurna' dan maksud Asyraf pula ialah 'lebih mulia'.
PIZZA HUT DI TELUK INTAN

HARI RAYA AIDIL FITRI 2007- GAMBAR KENANGAN
Seminggu lepas raya pergi la dengan keluarga ke kedai gambar Wah Kong di Sungai Besar. Ada promosi gambar raya satu family. Masa tu Aliff baru 5 tahun, Ain 3 tahun dan Anis 1 tahun. Susah juga suruh anak-anak posing.. tengok kamera. Lebih 10 kali cina Wah Kong tu snap gambar, asyik tak jadi aje. Aliff pandang tepi, Ain jalan depan ...macam mana tu. Dalam banyak-banyak gambar tu, gambar ni sahaja yang boleh la dianggap cun sikit. Kira okey la tu. Dah di frame dan masih gah di dinding rumah untuk tatapan keluarga dan tetamu.
YAMAHA L2G - BY 9521
Motor ni sebenarnya motor pak mentua. Dah lama aku tengok tersadai kat bawah rumah. Suatu hari, pak mentua kata ada orang nak beli tapi dia sayang nak jual, lalu offer kat aku.."kalau kau nak pakai kau repair la". Ada harapan nii...Beberapa kali aku cuba start enjin tapi tak hidup-hidup. Sorong la ke bengkel Kamal di Pasir Panjang, entah apa barang yang diganti hidup pulak tu bila start. Kamal syorkan aku cari bengkel lain yang boleh cat dan crome serta ganti komponen-komponen penting seperti rim, jejari, lampu, kusyen, signal, absober dll -banyak yang rosak dan berkarat.
Hasilnya, ni lah motor kesayangan pak mentua yang dah cantik dan kini jadi motor kesayangan aku pula. Anak-anak suka pulak naik motor ni, jalan-jalan pusing taman - last sekali singgah kedai depan beli jajan. Sesekali aku pandu juga L2G ni pergi masjid terutamanya hari jumaat.
BERCUTI DI MARINA COVE RESORT- MARINA WATER PARK
Minggu pertama cuti sibuk pergi kenduri pengantin sana sini. Minggu kedua cuti pula, cadangnya nak berehat, tapi kerja pula banyak- kena buat NKRA maklumat guru dan menanda kertas periksa. Anak-anak asyik tanya bila nak pergi hotel? Bila nak mandi kolam?. Kesian juga rasanya...Pada hari Rabu 16 Jun, pergi la ke Marina Cove Resort dekat Teluk Batik. Kali ni 'walk in' aje, tak 'booking' pun hotel. Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat la bilik family room standard 2 bilik. Petang tu anak-anak mandi di kolam renang hotel dan besok paginya mandi di marina water park.

salam cikgu.
ReplyDeleteselamat datang ke dunia blog :)