Jumaat 2 Julai- 4 orang guru SDM terlibat dalam arahan pertukaran dalam daerah iaitu En Abdull Razak Abd Shukur ke SMKA Simpang Lima, En. Abdul Halim Darmawan ke SMK Yoke Kuan, En Ahmad Zaki bin Othman ke SMK Sungai Besar dan En Jamaludin bin Sulaiman ke Sekolah Ungku Aziz (SUA). Arahan tersebut berkuatkuasa semalam iaitu pada 1 Julai 2010. Terasa juga akan kehilangan rakan-rakan guru yang sudah sebati dan begitu akrab. Namun pemergian mereka diiringi dengan ucapan semoga 'success' dan jasamu tetap dikenang daripada seluruh warga SDM.Friday, July 2, 2010
Pertukaran Guru atas Arahan
Jumaat 2 Julai- 4 orang guru SDM terlibat dalam arahan pertukaran dalam daerah iaitu En Abdull Razak Abd Shukur ke SMKA Simpang Lima, En. Abdul Halim Darmawan ke SMK Yoke Kuan, En Ahmad Zaki bin Othman ke SMK Sungai Besar dan En Jamaludin bin Sulaiman ke Sekolah Ungku Aziz (SUA). Arahan tersebut berkuatkuasa semalam iaitu pada 1 Julai 2010. Terasa juga akan kehilangan rakan-rakan guru yang sudah sebati dan begitu akrab. Namun pemergian mereka diiringi dengan ucapan semoga 'success' dan jasamu tetap dikenang daripada seluruh warga SDM.Wednesday, June 16, 2010
NKRA - "School Improvement Programme"(SIP)
Selasa, 15 Jun - Pengetua dan guru data menghadiri bengkel pengisian "School Improvement Toolkit"(SIT) yang diadakan di PKG Sabak Bernam jam 8.30 pagi bagi tujuan NKRA. Setiap sekolah dikehendaki menyiapkan tugasan mengisi SIT selewat-lewatnya pada 27 Jun 2010.Pada 16 Jun pula, ditempat yang sama, Setiausaha Peperiksaan pula akan diberi taklimat dan bengkel mengenai perkara yang sama.Antara lain objektif SIP sepertimana yang dikehendaki oleh KPM ialah melihat sejauhmana keperluan sekolah meliputi bidang akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid. KPM juga dapat menganalisis ranking sekolah, kekangan yang dihadapi sekolah dan bagaimana sekolah dapat melonjak kepada kedudukan yang lebih baik.Friday, June 4, 2010
Pats dan Headcount
Jumaat, 4 Jun 2010 -Hari ini semua guru sibuk menyiapkan dan mengemaskinikan fail Pats dan Headcount sepertimana arahan yang dikeluarkan pada jam 12.30 tengah hari semalam. Fail tersebut bersama buku ringkasan mengajar kena hantar hari ini juga ke pejabat. walaupun peperiksaan pertengahan tahun masih berjalan dan kerja-kerja menanda kertas jawapan pelajar masih belum selesai, namun kesabaran, komitmen, kerjasama dan kesungguhan rakan-rakan guru berjaya juga menyelesaikan tugasan itu dengan jayanya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru SDM. Sekalung penghargaan kepada guru-guru yang akhirnya kembali ceria, sungguhpun pada awalnya kelihatan agak gusar. (Guru Pembina Negara Bangsa)Monday, May 24, 2010
LDP - "School Based" - Bidang Bahasa
22 Mei 2010, Sabtu - Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris yang kedua-duanya di bawah bidang bahasa telah mengadakan LDP iaitu kursus penandaan kertas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat PMR dan SPM. Lokasi kursus Penandaan kertas Bahasa Melayu di Bilik Gerakan dan Kelas 5J. Manakala kursus Penandaan Kertas Bahasa Inggeris berlokasi di Makmal ICT.Kursus bermula pada jam 8.00 pagi, rehat jam 10.00 dan disambung hingga 12.30 tengah hari.Kursus untuk Panitia Bahasa Melayu diterajui oleh En Abdul Razak bin Mohd Kenar dan Pn Rugayah bt Abdul Hamid. En Abdull Razak Shukur pula sebagai penceramah kursus penandaan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Akhir kata, kursus ini banyak memberi manfaat kepada guru-guru di bawah bidang bahasa. Monday, May 17, 2010
Hari Guru SDM- meriah
Berbekalkan tema hari guru 2010 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa, SMK Dato'Mustaffa mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada hari ini.Seawal pagi para guru berbaris dan diarak dengan paluan kompang menuju ke Dewan Mustaffa. Acara dimulai dengan membaca perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Selesai ucapan pengetua, acara diteruskan dengan upacara memotong reben dan kek hari guru.
Selepas itu guru-guru yang telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing terpaksa berkerja keras menyelesaikan beberapa tugasan yang telah diarahkan. Acara yang paling menarik ialah memancing ikan keli, menyiang ikan keli, memasak mi kuning dan memasak ikan keli.
Sementara ahli-ahli kumpulan lain menyelesaikan 'word maze' dan pencarian maklumat melalui internet. Acara kemuncak ialah persembahan para guru - deklamasi sajak, sketsa, bercerita, menyanyi lagu pop yeh yeh dan nasyid.
Akhir sekali majlis tahlil dan jamuan di kantin sekolah, disekalikan dengan majlis persaraan kakitangan bukan guru iaitu Pn Naila bt Rashidi.
Sunday, May 16, 2010
Hari Keluarga SDM
Hari Keluarga SDM di Teluk Rubiah Resort meriah sekali. Pada 15 Mei (sabtu) peserta konvoi bertolak tepat jam 11.00 pagi selepas menanti selama 15 minit di tepi jalan berdekatan Sekolah Seri Perkasa, Perak. Seterusnya eksplorace pun bermula di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi. Setibanya di sana jam 12 tengah hari terus makan di dewan makan, penyerahan jawapan eksplorace dan 'check in'. Jam 2.00 petang acara sukaneka dijalankan dimulai acara kanak-kanak mengikut peringkat umur dan seterusnya acara untuk ibu bapa. Pelbagai hadiah menarik disediakan termasuklah acara cabutan bertuah.Acara berakhir jam 5.00 petang, kanak-kanak mandi di kolam renang sementara bapa-bapa memukul bola golf. Jam 6.00 petang makan malam dan diikuti BBQ jam 8.00 malam - macam-macam ada(ayam, mentarang, jagung dan sosej). Sambil menikmati BBQ kami disajikan dengan wayang pacak. Majlis berakhir jam 12.00 tengah malam- aktiviti santai seperti bersembang dan memancing ikan.Pada pagi 16 Mei tiada sarapan pagi disediakan. Ada antara peserta yang 'check out' awal dan terus bersarapan di pekan manjung atau membeli belah di teluk batik dan lumut. Akhirnya syabas diucapkan kepada jawatankuasa pengelola Kelab Guru dan Kakitangan SMKDM atas kejayaan merealisasikan Hari Keluarga ini. Diharapkan program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan rakan sejawat.
Sunday, May 9, 2010
Friday, May 7, 2010
Peristiwa Semasa SDM
Sekolah akan mengadakan sekolah ganti sempena hari raya aidil fitri pada 8 Mei 2010 (sabtu).Pada 10 Mei 2010 pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah 2010 akan mula mendaftar - Selamat datang diucapkan. Kelab guru dan kakitangan akan mengadakan Hari Keluarga pada 15 Mei 2010 di Teluk Rubiah Resort. Sambutan hari guru pula akan diadakan pada 17 Mei 2010. Peperiksaan Pertengahan tahun mula pada 18 Mei 2010 bagi tingkatan 5 . Manakala bagi tingkatan 4 pula akan bermula pada 20 Mei 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)



